Sunday, February 13, 2011

Janji Allah bagi Orang Yang Mahu Berkahwin

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

1-
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita
 yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)


Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam
dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan
hanya yang baik buat kita. Amin.

2
-“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nur: 32)

Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya
adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan
pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari
gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, “adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan
ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi
nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?


3
-“ Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. 
(HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis <span>no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan
dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.


4
-“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar Rum : 21)


5
-“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina’ ”. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk

di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan
sbgnya. 

Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh,

merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.


Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu
sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan ,
pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga
makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat
meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.

Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap
agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini
jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari
Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis  
sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)


Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam, “Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6
-”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. (Al Baqarah : 153)


Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga
harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya
dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.


7
-“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)


Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.

8
-“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)



Supaya Allah Tabaraka wa Ta’ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.


9
-“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)



10
-“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.(Al Baqarah : 214)


Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.

Jadi, kenapa ragu dengan janji Allah?



Sunday, February 6, 2011

Indahnya Ciptaan Tuhan (^_^)























Lihatlah betapa indahnya ciptaan Tuhan...tapi kenapa masih ramai lagi yang kurang bersyukur atas segala keindahan yang telah dicipta untuk kita...harap kita dapat menjaganya walaupun tedapat banyak halangan dan rintangan. (^-^)

Masalah Imej Diri ??

Perubahan diri
Anda akan mengalami perubahan-perubahan badan apabila anda menujui kedewasaan.Tanpa anda sedari, beberapa bahagian badan anda telah mula membesar dan terdapat pertumbuhan rambut di bahagian yang anda tidak sangka akan berlaku, dan banyak lagi perubahan lain:
  • Dengan banyaknya perubahan kepada diri anda, anda akan lebih peka terhadap rupa paras anda dan kadang-kala menjadi kurang yakin tentang rupa paras anda
  • Perubahan tubuh badan menjadi kebimbangan kepada ramai remaja. Ini akan menjadi masalah apabila kebimbangan ini bertukar menjadi satu obsesi
Apakah masalah imej diri?
Apabila anda rasa tidak gembira mengenai paras rupa anda, dan anda sangat teringin untuk kelihatan berlainan, maka anda mempunyai masalah imej diri.
Jika anda mempunyai masalah ini, anda akan merasa tidak gembira dengan:
  • Keseluruhan rupa anda : (Contohnya, "Saya sangat gemuk, punggung saya terlalu besar !!")
  • Anda tidak berpuas hati dengan salah satu bahagian tubuh anda (contohnya : "Saya berharap mempunyai dagu seperti Anuar Zain")
Apabila anda tidak berpuas hati dengan tubuh badan anda, ia sangat normal bagi anda mahu menukarnya, dan mencuba sedaya-upaya untuk mendapatkan perubahan ini.
 
saya benci hidung saya
bimbang
Mencari perubahan boleh menjadi satu obsesi sehingga anda tidak mampu untuk menumpukan fokus pada aktiviti harian anda.
Jika anda mempunyai masalah imej diri anda akan menumpukan perhatian kepada berat badan dan takut menjadi gemuk. Masalah ini sering terjadi di kalangan remaja perempuan.
self doubt girl
self doubt body building
Remaja lelaki menumpukan perhatian untuk menjadi lelaki "macho" supaya nampak menarik kepada remaja perempuan.
Apakah jenis-jenis masalah imej diri?
Terdapat dua jenis iaitu:
  1. Masalah Pemakanan - makan terlalu sedikit atau terlalu banyak disebabkan persepsi yang salah mengenai bentuk badan sendiri.
    • Anorexia Nervosa
    • Bulimia Nervosa
    • Binge-eating Disorder
  1. Body Dysmorphic Disorder (disebut : dis-mor-fik) - ini ialah terma klinikal di mana anda mempunyai pandangan yang serong dan negatif terhadap tubuh badan anda sehingga anda mahu menukarnya

Akibat masalah imej diri?self doubt distort
Jika anda mempunyai masalah imej diri, anda akan mendapati anda terlalu obsesi dengan cara untuk mengubah tubuh anda.
Anda mungkin:
  • Mengamalkan diet yang tidak sesuai
  • Senaman berlebihan
  • Mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan atau melindungi beberapa bahagian
  • Punya keyakinan diri yang rendah
  • Merasa sensitif dengan pandangan orang lain terhadap anda
  • Memikirkan bagaimana rupa paras anda dan mahu kelihatan yang berlainan
Anda akan mati sebelum anda menjadi cukup kurus!!!
Apakah Anorexia Nervosa?
  • Anoreksia Nervosa adalah penyakit di mana anda tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk
  • Anda akan merasakan yang anda lebih gemuk dari yang sebenarnya, walaupun anda sebenarnya mempunyai kurang berat badan. Anda akan merasakan yang anda tidak cukup kurus
  • Merasa anda tidak cukup kurus
 
self doubt fat
senaman yang berlebihan
  • Senaman yang berlebihan merupakan satu tingkah laku yang biasa
Akibat Anoreksia Nervosa?
Anda akan merasa murung.
Anda tidak mendapat zat/ nutrisi yang cukup, maka dengan itu akan kelihatan dan merasa tidak sihat.
  • Gigi dan kulit bertukar menjadi warna kekuningan
  • Rambut dan kuku menjadi rapuh dan pecah
  • Rambut akan gugur
  • Rambut halus (dikenali sebagai rambut lanugo) akan tumbuh di seluruh badan anda supaya tubuh anda dapat memanaskan badan (kerana tiadanya lemak di tubuh anda)
Remaja perempuan akan lewat datang haid. Anda mungkin mati kerana kegagalan organ.
Apakah Bulimia Nervosa?
Masalah yang berlaku apabila anda cuba untuk mengekalkan berat badan yang rendah dengan mengeluarkan kembali apa yang anda makan sama ada dengan memuntahkannya atau membuang air besar.
Seperti anoreksia nervosa, anda fikir yang anda tidak cukup kurus dan akan mengurangkan pemakanan anda.
Akibat Bulimia Nervosa
Anda akan mengalami:
  • Berat badan anda akan kerap berubah-ubah
  • Mengalami kekurangan nutrisi dan mungkin mendapat masalah kesihatan
  • Mengalami hakisan gigi dan ulser mulut mula terbentuk disebabkan asid dalam perut yang dimuntahkan keluar
  • Bengkak kelenjar air liur dan dan menyebabkan muka anda kelihatan membengkak
  • Masalah perut dan usus (termasuk ulser, penyakit gastrik dan sembelit)
  • Kelewatan haid bagi remaja perempuan
  • Serangan sawan
Apakah Binge-eating disorder?
Satu masalah bila anda makan berlebihan dan tidak dapat mengawal apa yang anda makan pada satu-satu masa.
"Binge" bermaksud makan secara gelojoh dan tanpa kawalan.
Anda mungkin sedar yang anda mempunyai masalah pemakanan
Walaupun anda sedar, anda masih tidak dapat mengawal cara pemakanan anda kerana makan dalam kuantiti yang banyak sudah menjadi kebiasaan anda

makan yang berlebihan
obesity
Kegemukan bukanlah satu jenaka!
Akibat Binge-Eating Disorder
Anda akan:
  • Menjadi gemuk (lebih berat badan) dan sangat gemuk (obes)
  • Merasa tertekan kerana tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang anda lakukan sebelum anda gemuk
  • Menghidap beberapa penyakit yang berkaitan dengan Obesiti seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan masalah pernafasan
  • Mendapat sakit perut kerana makan terlalu banyak dan cepat
Apakah "Body Dysmorphic Disorder"?
Anda menjadi sangat muram dan sentiasa risau tentang salah satu kekurangan pada rupa paras anda. Contohnya "Hidung saya terlalu besar", "Muka saya terlalu senget", "Payudara saya terlalu kecil", "Rambut saya kelihatan pelik". Kerisauan ini menyebabkan susah untuk anda menumpukan perhatian kepada aktiviti harian dan pelajaran anda. Anda cenderung untuk menukar paras rupa dan sentiasa tidak berpuas hati dengan bahagian tubuh badan anda. Pembedahan plastik adalah satu kaedah yang digemari bagi menyelesaikan masalah ini.
Akibat "Body Dysmorphic Disorder"
Anda mungkin:
  • Mencederakan diri anda apabila mencuba untuk mengubah bahagian badan yang anda tidak suka
  • Bersenaman berlebihan untuk menegangkan otot atau mengubah bahagian-bahagian badan
  • Berasa risau apabila berada di khalayak ramai dan akan mengurangkan aktiviti sosial anda
  • Cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan bahagian badan yang anda tidak suka
Bagaimana menghadapi masalah konsep diri yang tidak rasional?
  • Tumpukan perhatian pada konsep "Kesihatan Itu Harta" - Lebih baik MEMPUNYAI daripada mendapatkan paras rupa yang dikehendaki.
  • Orang yang sihat secara semula jadinya akan nampak menarik dan mempunyai lebih ramai rakan
  • Makan secara sederhana dan makanlah makanan yang seimbang
  • Bersenam selalu dan dengan cara selamat
  • Belajar cara untuk gembira dan menerima rupa paras anda sendiri
  • Belajar cara mencintai diri anda dan memperbaiki keyakinan diri
  • Lebih berfikiran positif dan belajar menukarkan fikiran negatif kepada positif tidak kira betapa teruknya situasi yang dihadapi
  • Bersahabat dengan mereka yang boleh menerima anda dengan seadanya dan bukan kerana rupa paras anda
Di manakah boleh mendapatkan bantuan?
Anda boleh dapatkan bantuan daripada:
  • Kaunselor sekolah
  • Doktor keluarga
  • Pakar Psikologi

Kunak Hot Spring

Kepada anda yang berkunjung ke Pantai Timur Negeri Sabah, Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Kolam Air Panas, yang terletak dalam Daerah Kunak, iaitu sebuah daerah yang berada di tengah-tengah antara Lahad Datu, Semporna dan Tawau.
Kolam Air Panas ini terletak di dalam kawasan Ladang Sungang yang dikawal selia oleh Syarikat Sime Darby Plantation Berhad, iaitu lebih kurang 11 kilometer dari Pekan Kunak. Namun, para pengunjung yang ingin ke Kolam Air Panas ini dinasihatkan agar menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Masjid Al-Kauthar, Tawau, Sabah.

Masjid Al-Kauthar atau Masjid Perbandaran Tawau adalah sebuah masjid di bandar Tawau. Ia merupakan masjid terbesar di negeri Sabah dan didirikan bersebelahan dengan laut. Masjid ini boleh menampung sehingga 17,000 jemaah. Masjid ini mempunyai dua tingkat kesemuanya. Tingkat pertama adalah tingkat untuk jemaah lelaki menunaikan solat, manakala tingkat kedua untuk jemaah wanita. Tingkat bawah pula adalah untuk menampung jemaah sekiranya tingkat satu dan dua telah penuh. Terdapat kawasan di tingkat bawah yang mempunyai dinding boleh alih digunakan untuk mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.
 
Sejarah

Pembinaan Masjid Al-Kauthar menelan belanja sebanyak RM 31.5 juta dan telah siap sepenuhnya pada Oktober 2002. Ia telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong ketika itu yakni Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 13 Ogos 2004.
 
Kemudahan

Masjid ini menyediakan dua cara untuk berwuduk iaitu cara moden dan cara tradisional. Cara moden adalah dengan menggunakan paip air untuk berwuduk. Di masjid ini tersedia khas bilik untuk mengambil wuduk masing-masing bagi lelaki dan wanita. Di dalam bilik wuduk tersebut juga tersedia bilik air serta tandas. Bagi cara tradisional pula, sebuah kolam air besar disediakan.
Selain kemudahan untuk beribadah, masjid ini turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain. Antaranya:
  • Perpustakaan
  • Dewan seminar
  • Pejabat pentadbiran
  • Tempat menyimpan kasut dan barang.